Bendera PAS sama dengan bendera Bangladesh? @ Jepun?

Salam pembaca semua...Hot topik hari ini, Cerita Fuad nak bercerita pasal bendera PAS sama dengan bendera Bangla...hahaha...tak pasal-pasal je kan? betul ke? Fuad pun tak pasti, tak pernah pun ambil tahu tentang sejarah PAS ini..mari kita lihat hasil kajian Fuad..

Fuad pun dapat tahu dari member Fuad yang tak bersetuju dengan Post Cerita Fuad sebelum ini: Berita Hangat: Bendera Malaysia Tak Original? Kalau hendak dibandingkan isu bendera Malaysia dengan bendera PAS ini, isu bendera Malaysia lagi HOT.. yerla, bendera Negara lah katakan, mewakili Negara satu dunia..Bendera PAS cuma mewakili parti politik sahaja dan cuma di Malaysia sahaja..




Ini video yang yang Fuad jumpa dalam youtube mengenai sejarah parti PAS:-





dan ini sedikit artikel mengenai sejarah PAS:- Jika hendak baca info lebih lagi, sila klik link sumber artikel ini. Sumber:- Ibnu Hsyim

IBNU HASYIM: FOKUS PAS SIRI 8

TANGAN terbuka. Atau tapak tangan, mempunyai lima jari yang sedang terbuka. Itulah lambang atau simbol PAS yang mula-mula digunakan bagi menghadapi pilihanraya persekutuan pertama, pada 27 Jun 1955.

Setelah itu lambang ini ditukar kepada lambang bulan bintang. Iaitu sebiji bintang lima penjuru, berada di atas hujung tanduk bulan sabit, di mana dua penjuru kakinya berada dalam lingkungan bulan dan tiga penjurunya lagi berada di bahagian atas luar lingkungan bulan sabit tersebut. Lambang ini juga terpaksa ditukar kerana diharamkan oleh pemerintah (zaman pemerintahan Tun Abdul Razak, iaitu pada tahun 1971), yang menuduh ‘menggunakan lambang Islam bagi mengelirukan orang ramai’.

Akhirnya, mengambanglah lambang bulan purnama penuh mengisi langit pilihan raya Malaysia. Ia mula digunakan dalam pilihan raya Tumpat Barat Kelantan hinggalah sekarang. Lambang tersebut ialah bulatan putih seperti bola pingpong yang bererti bulan purnama, dengan latar belakang warna hijau dan dalam keadaan tertentu boleh digunakan warna hitam.

Ini pula sejarah Bendera Bangladesh yang dikatakan sama dengan bendera PAS:-
Bendera Bangladesh diperkenalkan pada 17 Januari 1972. Sebuah bendera yang serupa digunakan sewaktu Perang Pembebasan Bangladesh tetapi dengan peta negara Bangladesh di atas matahari yang merah. Peta tersebut kemudiannya dihilangkan daripada bendera tersebut untuk memudahkan rekabentuknya. Bendera Bangladesh yang kini mirip bendera Jepun tetapi berlainan warna latarbelakang. Cakera merah melambangkan matahari yang terbit di atas tanah Bengal yang hijau. Cakera tersebut diofsetkan sedikit ke arah kepala (hoist) supaya ia ternampak berada di tengah apabila bendera sedang berkibar. Warna merah melambangkan darah mereka yang terkorban untuk kemerdekaan Bangladesh. Latarbelakang hijau melambangkan tanah Bangladesh yang subur.
sumber:- wikipedia

Ini gambar Bendera Bangladesh:-

Ini Pula Bendera PAS:-

Sama ke tak? Bukak mata, tengok sendiri bendera tu..hehehe...

Tunggu... ada satu bendera lagi bentuk bulat di tengah bendera...

Bendera Jepun:-


Bendera Jepun (Nisshōki (日章旗? "bendera suria") atau Hinomaru (日の丸? "cakera suria") dalam Bahasa Jepun), memaparkan cakera besar berwarna merah di bahagian tengah di atas bidang warna putih. Lagenda mengatakan bahawa bendera ini berasal dari zaman pencerobohan Mongol ke atas Jepun pada kurun ke-13. Dikatakan bahawa sami Buddha, Nichiren, mempersembahkan bendera matahari ini kepada seorang Shogun yang mempunyai upaya untuk mematahkan serangan Mongol. Lambang matahari ini pernah dijumpai di kipas berlipat yang dibawa oleh para samurai semasa pergelutan kuasa di antara puak Taira dan Minamoto. Ia juga sering digunakan di panji-panji ketenteraan semasa Era Sengoku pada kurun ke-15 dan ke-16. Kerajaan Shogun Tokugawa (1603-1867) menetapkan penggunaan bendera ini untuk kapal-kapalnya sejak awal tahun 1600. Pada pertengahan kurun ke-19, kerajaan-kerajaan shogun yang lain mengarahkan semua kapal Jepun untuk membuat perkara yang sama.
Semasa era Pemulihan Meiji pada tahun 1868, bendera ini dianggap sebagai bendera kebangsaan. Walaupun ia telah digunakan di lautan sejak 1870, penggunaannya di darat hanya menjadi rasmi pada 13 Ogos 1999. Variasi terkenal bendera ini menunjukkan matahari dengan 16 sinaran merah, digunakan oleh angkatan bersenjata Jepun sehingga akhir Perang Dunia II. Bendera ini kini digunakan oleh tentera laut Jepun.
sumber: - Wikipedia

Daripada bentuk, bendera PAS ada kemungkinan terilham daripada bendera JEPUN.. bukan bendera Bangladesh.. Sebab, Jepun pernah menjajah Malaya.. Bangladesh masa tu, mungkin negara dia belum terkenal lagi.. dan lagi satu, bentuk bulat bendera bangladesh ke kiri sedikit iaitu 3:5.

Akhir sekali, terimalah lagu PAS, sebab dah jumpa kan; (^_^)

Ini pula Lagu Rasmi PAS :- tak pasal-pasal je terjumpa lagu rasmi PAS lak..hehe..boleh tahan gak liriknya..




No comments:

Post a Comment