Nasi Arab di Bukit Beruang, Melaka - Restora Dima

Salam semua, hari ini sy nak share sedikit mengenai hidangan nasi arab. Memang popular di Melaka dan selatan tanah air. Sebab, restoran sebegini jarang kita jumpa. Hidangan utama meraka semua berasal daripada resepi orang arab. Paling popular ialah nasi arab.

Tukang masak mereka terdiri daripada orang Syria dan tempatan. Owner restoran terdiri dari warga tempatan dan orang Syria. Restoran ini terletak di Jln Bukit Beruang Utama 2, Bukit Beruang, Melaka. Dekat dengan kampus MMU.

Dari segi harga, bermula dari RM10 hingga RM21 untuk seorang. Anda semua boleh tengok harga dalam gambar Menu. Apa yang pasti, harganya lebih mahal dari Nasi Beriyani.

Dari segi rasa, memang unik.Setiap nasi rasanya berbeza. Sy pilih Nasi Arab Mandi dan Nasi Arab Adani Zurbiyan. Mandi, aromanya agak lembut dan tekstur nasinya kenyal. Memang terbaik... tidak muak bila dimakan dan lebih sedap lagi jika digandingkan dengan menu kambing.

Bagi Adani Zurbiyan, aromanya agak kuat kerana dimasak dengan rempah ratus dan juga susu. Tekstur nasinya pula lembut. Anda akan rasa cepat muak makan nasi ini. Mungkin sbb tekstur nasinya yang lembut dan dimasak dgn susu.

Untuk rasa yang terbaik, tidak muak, saya syor Nasi Arab Mandi - Daging Kambing... ;-)

Ini gambar-gambar untuk tatapan pembaca semua.

Menu Utama - Nasi Arab Adani Zurbiyan
Menu Utama - Nasi Arab Kabsa dan Nsi Arab Mandi
Nasi Arab Adani Zurbiyan Daging

Nasi Arab Mandi

Suasana di luar restoran bagi yang merokok

Nasi untuk dicuba sebelum menempah menu

Ini Peta ke lokasi:-

3 comments:

  1. mmg best nasi die...
    tq share sy dh mencubanya...

    ReplyDelete
  2. ^_^ sedap2... nasi beriani mat shah berdepan dengan HOSPITAL PUTRA Batu Pahat pon sedap jugak.... memang terbaik.. sape yang datang lambat mmg tak dapat....average pukul 3ptg dh habis...

    ReplyDelete
  3. boleh beri kordinat GPS

    ReplyDelete